Posstore SG rate updated
BM Contoh Karangan/Penjodoh Bilangan/Peribahasa/Simpulan/Pantun/Peribahasa
Product SKU IDG000921
Brand Maxim
Availability Out Of Stock
Design
Description
Highlight
  • Contoh Karangan 96 Pages
  • Penjodoh Bilangan 48 Pages
  • Peribahasa 64 Pages
  • Simpulan Bahasa 64 Pages
  • Perumpamaan 64 Pages
  • Pantun 62 Pages + 2 Pages Answers
  • Penjodoh Bilangan / Perumpamaan / Pantun / Peribahasa / Simpulan Bahasa Book Size :15 x 21cm
  • Contoh Karangan Book Size :16 x 22cm

Contoh Karangan - Penerbitan buku ini adalah untuk panduan murid-murid Tahap 1 supaya memahami teknik-teknik asa mengarang dengan tepat dan jelas.Ayat yang digunakan adalah ringkas da sesuai dengan tahap penguasaan murid-murid tahun 1,2 dan 3.Kriteria penskoran,makna kata dan ilustrasi menarik juga disediakan untuk merangsang daya berfikir murid-murid membina karangan yang cemerlang.Penerbitan buku ini juga bermanfaat kepada ibu bapa dan guru-guru subagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu mengikut bentuk,saiz,rupa dan sebagainya.Penerbitan buku ini disusun secara komprehensif,sistematik dan memenuhi huraian sukatan pelajaran bagi sekolah rendah.Buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan utama ke arah penambahbaikan penggunaan Bahasa Malaysia.

Peribahasa ialah ungkapan indah yang dicipta oleh orang-orang Melayu pada zaman dahulu.Peribahasa bertujuan menyindir,mengkias dan pengajaran serta pedoman kepada masyarakat.Peribahasa ialah khazanah kesusasteraan Melayu yang sangat unik kerana merupakan peninggalan nenek moyang kita yang mesti depelihara.

Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan dan mempunyai maksud berbeza daripada maksud perkataan-perkataan yang membentuknya.Penggunaan perkataan simpulan bahasa sering digunakan oleh masyarakat kini untuk berkias,menyindir dan memberikan pengajaran.Buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan.Pilihan Bijak Untuk MindaHebat.

Perumpamaan ialah suatu perbandingan makna yang dicipta oleh orang-orang melayu pada zaman dahulu bertujuan mengumpamakan sesuatu kejadian atau peristiwa supaya boleh dijadikan teladan dan panduan hidup.Perumpamaan biasanya didahului oleh perkataan seperti,laksana,umpama,bak,macam dan ibarat.Perumpamaan merupakan peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga.Penggunaannya dalam kalangan generasi muda perlu diteruskan supaya khazanah kesusasteraan Melayu ini tidak luput ditelan zaman.

Pantun merupakan satu khazanah kesusasteraan Melayu lama yang amat unik.Keunikan pantun terserlah kerana beberapa faktor.Antaranya,ia diungkap dengan mengadakan baris pembayang maksud yang memberikan petunjuk kepada pembaca tentang maksud yang hendak disampaikan.Di samping itu,setiap baris dibina mengikut bilangan suku kata tertentu untuk mengekalkan rentak nada dan rima supaya pembaca terdoroong menghayatinya.Pantun disimpulkan dengan bunyi hujung aliterasi atau asonansi pada setiap baris semata-mata menambah nikmat pembacaan pantun.

Karangan RM5.90

Penjodoh Bilangan RM4
Pantun/Perumpamaan/Simpulan/Peribahasa RM4.90

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x BM Contoh Karangan/Penjodoh Bilangan/Peribahasa/Simpulan Bahasa /Pantun / Peribahasa